0

Iklan PETRONAS raya 2014

Setiap tahun, setiap kali raya. Iklan PETRONAS antara iklan yang paling ditunggu tunggu. Dah macam satu kewajipan pulak, mesti nak tengok hasil dari PETRONAS. Bukan Raya Aidilfitri je lah, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali mesti nak tengok iklan dari PETRONAS. Paling ingat yang tahun 2006 punya, yang pasal bapak dia sakit tu. Lepas tu selalu makan terabur terabur, pastu menantu dia suruh bapak dia makan kat luar. Pastu anak dia pulak cakap, nanti papa dah tua papa pulak makan kat luar. Huwaaaaaaaaaaaa sedih hangat iklan tu. Setiap kali tengok mula la air mata ni nak tik tik tik. Sampai sekarang la air mata ku pasti akan tik tik tik setiap kali tengok iklan raya dari PETRONAS… tsk tsk tsk…

 

Biasanya, iklan raya PETRONAS selalu akan selitkan 1001 satu makna yang mendalam untuk kita penonton hayati.
Kannnn…

 

So kali ni, adakah PETRONAS mengekalkan iklan raya yang sedih???
PETRONAS bab buat iklan raya yang menyentuh hati memang champion.

 

Nahhh korang tengok dulu.
PETRONAS Raya: Ke pangkuan Bonda 

 

Iklan 3 minit ini mengisahkan seorang kanak kanak perempuan yang tinggal di kampung serta perjalanan keluarganya ketika persiapan menyambut Hari Raya.

Bestkan???
Dapat kita tengok suasana raya yang sebenarnya…
Berkumpul bersama sanak saudara…
Paling comel, tidur pun pakai kasut raya. Kemain lagi excited, hehe. Biasala, budak budak. Aku dulu pun macam tu.

 

petronas 1 petronas 2 petronas 3

Pastu nak mandi pun kena beratur.
Aku kalau balik sabak bernam, macam ni la juga situasi dia. Cumanya idak la beratur beria macam ni. Beratur secara rawak je la. Pastu memasing pegang towel tunggu turn nak masuk toilet, hehe…

 

20140717_150743

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Norliza Kamaruddin yang mengatakan Iklan Hari Raya ini mengingatkan masyarakat Malaysia supaya menghargai adat resam dan warisan serta kepentingan hubungan kekeluargaan.

20140717_151946

 

Dari kiri, Kaltines Othman, Syed Abdul Razak Al-Sahab, Shaharuddin Sidek, Suzana Che Mat, Suhaimy Kamaruddin, Petronas Dagangan CEO Ibrahimnudin Mohd Yunus, Norliza, Dania Erisha Izwan, Quek and Petronas external communication GM Mohd Fitri Mydin di pelancaran Hari Raya Petronas di Symphony Lake Suite, KLCC.

 

20140717_152428

Rupanya Amelia AF yang nyanyikan lagu Raya dalam Iklan PETRONAS Raya.
Patutla sedap melampau.

 

20140717_155107

 

Eh kitorang blogger pun fefeling masak rendang/lemang jugak…
Dari kiri, namee, ceera, kathy, sabrina, and wanie.

 

So jangan lupa saksikan iklan PETRONAS Raya 2014 versi panjang kat youtube (kat tv dah potong pendek) kalau nak fefeeling beraya di kampung bersama sanak saudara.
Tak mau sedih sedih ye…

 

Love;
Ceera

0

Akibat mengata kiki kamaruddin

Screenshot_2014-07-17-10-49-20 Screenshot_2014-07-17-10-49-48 Screenshot_2014-07-17-10-50-04

 

Allah bayar cash je kat mak encik.
Like, hek elehhhhh pomps ni mengata orang pulak macam awak tu perfect sangat. Nahhh Aku buat side mirror ko patah. Pergi la ko mengamuk kat tiang sana…
-___-

 

Aku baru je nak keluar pergi pos opis, terus parking balik masuk rumah.
Pastu terus terpikir pikir, hahaha…
Adakah ini balasan dok share aib orang kat fb.
Adakah apakah???
Sorry kiki… saya termengata awak sikit. Sikit je tak banyak pun tau, hewhew…
Dan kita kita pun, udah udah la yeeee… Kiki tu berdosa kat uncle sim je kot. Tapi kita ni semua berdosa kat dia sebab kemain mengata bagaikan tiada hari esok.

 

Dan semoga kita semua belajar atas kesilapan kiki yang mana. Nak biadap pandang kiri kanan, nanti ada orang record, miahahahahaha…

 

Actually, bagus apa ada orang macam kiki ni.
Confident bila nak marah orang…
Cer kalau dia berlanggar dengan orang kiasu, memang ngam.
Cuma malangnya dia berlanggar dengan uncle sim yang sopan, nampak la dia tu jadi gangster sangat ye tak.
Cuba bayangkan, kalau uncle sim tu pulak yang gangster, terbalik sudah cerita dia.
Eh udah udah la.
Move on…

 

Cerita pasal side mirror mak encik.
Dah baiki pun malam tadi.
Aku gosok ciput lebih skit, hahaha… so dia pergi la bawakkan ke kedai accessory.
Lalu melayanglah RM180.
Nasib bukan 2k.
Kalau 2k, aku pun nak mintak digi sponsor kan,  hahahaha…

 

Love;
Ceera

0

Jangan biadap

Biadap betul dua jiran aku ni.
Bulan puasa ni saje menguji.
Sebelum ni aku dah mengamuk dah kat fb. Ingat konon taknak la mengamuk lagi. Ni takleh tahan terpaksa sambung mengamuk kat blog pulak.
Ye la. Takkan nak mengamuk kat kawasan rumah aku ni pulak ken. Aku belum tahap begitu lagi ekekekeke…

 

Kesahnya kepada yang tak tahu.
Rumah aku ni parking very limited.
Ko boleh parking depan rumah untuk 2 kereta sahaja. Ini memang betul depan rumah la. Kadang tu satu keta je kalau rumah sebelah keta pepanjang. So keta ko mmg sukar nak sailang kat depan tu.

 

Rumah aku ni townhouse.
So atas rumah orang lain. Bawak rumah orang lain. So kawasan parking yg betul betul depan rumah ni memang cun cun untuk masuk satu keta saja la. Boleh bayangkan? bagus. Kalau takleh. Lantok kome haha.
Lepas tu rumah bawah. Pada asalnya. Keta boleh masuk sampai 2. Tapi sebab mertua aku dah kedepankan sikit jadi rumah. So space tu cun cun untuk 1 kereta dan 1 lagi kereta sailang? paham hahahaha.
Susah pulak nak terangkan. Lantok.

 

Rumah atas pulak. Space depan mmg untuk 1 keta sahaja.. Jd dorang diberikan parking luar. So hanya rumah atas diberikan parking luar. Rumah bawah nan ado parking luar. Jadiknya kat parking luar tu memang ada no rumah sesiap.
Siapa yang biasa dok condo faham la benda ni semua.

 

Ok kenapa aku nak mengamuk pulak sebab aku rumah bawah. Dah tentu tentu takde parking luar.
Yes. Sebelum ni tak ada.
Tapi kitorang dah sewa untuk satu lot parking luar. Actually, kitorang dapat parking jauh sikit. Tapi ada satu rumah ni mintak tukar suka sama suka. Dia nak parking kitorang sebab dekat dengan rumah dia. Dan kitorang pon ok je la parking dia sebab betul betul depan rumah kitorang. Cuma tak bestnya. Parking situ takde la cop number rumah kitorang. Sebab cop rumah kitorang kat parking satu lagi. So parking ni just cop polis je sebab orang tu memang polis.

 

Nak ditambah cerita lagi. Polis tu selalu takde kat rumah. Kira ni rumah persinggahan dia je la. So kitorang nak tukar parking secara proper tu mcm susah sikit. Sebab bila tak tukar secara lisan. Nak clamp keta orang ni mcm sukar. So ko terpaksa la hadap perangai setan setan ni. Terpaksa la ko sakit hati sesorang kan.

 

Yang sorang ni. Baru pindah. (Rumah atas)
Dia ingat. Eh ini rumah saya. So confirm confirm la parking depan ni saya punya.

 

Kepala hotak ko.
Tu la. Sebelum sewa/beli tanya la betul betul parking ko celah mana. Orang yang rumah hujung sinun pun dapat parking hujung sini. Punye jauh nak jalan. Ko sesedap nak parking depan rumah ikut rule ko pulak. Tumbuk nak?

 

mulanya kitorang lantak kan je.
Tapi bila dah over bagi la notis dulu.
Eh lepas dapat notis pun masih menyetan. Terus pergi depan rumah. Bgtau elok elok. Tp kalau dah setan tu memang la syaitonnnn. Besoknya parking lagi situ. Haaa tu laki aku sendiri yang pergi sound. Dia kalau dah bengang dia pergi sendiri je.
Pastu hari tu sesiang. Sesedap nak parking lagi tempat laki aku. Nasib aku nampak terus aku hoi kan je dari rumah. Elok dia keluar keta aku jerit excuse me miss. Dia senyum senyum cakap kejap kejap. 5minit pastu terus berambus. Bagus.

 

Tolong laaaaa.
Aku bukan jenis suka hoi hoi kan orang la.
So pls jangan biadap.

 

Lepas kejadian tu ok la. Dah takde siapa dah yang biadap. Eh tetiba kelmarin. Jiran lain pulak yang buat hal. Parking tmpt aku sampai 2 malam.

 

Aku tengok ciput lek lek pulak dia.
So aku pun terpaksa lek lek gak hahaha.
Dia cakap biarkan je dulu. Kalau minggu ni dia parking lagi baru ciput pergi rumah orang tu pulak. Pagi ni aku tengok keta tu dah takde. Pergi kerja mungkin. Sekali keta jiran yang biadap tu pula parking situ.

 

Hoi. Aku memang pantang betul la nampak keta ko ni parking tempat laki aku. Meluap luap rasa amarah aku tau.
Memang kebodohan berganda ganda.

 

Jangan sampai aku ikut bodoh ko. Parking betul betul depan rumah ko. Nak?

 

Aku harap takde la readers aku yang bersikap biadap macam ni. Sukahati parking tempat orang. Aku dulu masa duduk kat teres. Orang nak parking kat depan rumah aku memang takde hal punye. Sila la parking asal ko tak block keta aku. Aku takde sampai pepoyo nak letak tong sampah ke apa ke supaya orang lain takleh parking. Hey aku bukan begitu ye. Itu open parking. Jadi sesiapa nak parking, parking je la.

 

Tapi yang ni aku marah.
Sebab kita sewa kan.
Kita bayar bulan bulan.
Meh la sini ko bayar. Pastu aku sesedap hati parking kat parking ko. Ko bengang tak.

 

Ok la. Nak mengadu kat ciput pulak. geram tak habis lagi. Miahahahaha.

 

Pomps suka mengadu;
Ceera