3 cerita dalam satu

Siapa yang ada tertanya tanya di manakan aku beli shawl pepel kat entry sebelum ni.
Boleh search FB Azzalea Boutique ye.
Aku dah tak ambil iklan untuk letak kat blog sebab tak boleh nak bagi komitmen.
Ate, update blog pun sendu. Kang kalau geds jugak ambil ads, mahu dapat makian berbakul bakul pulak kang. Seram nyorok bawah katil kang makcik. Lepas tu nanti nampak pulak orang berambut panjang sebelah makcik, arghhh serem…

 

Hari isnin lepas kan hujan melebat bagai menggila.
Ingat tak?
Adoi, seram kot.
Aku dah la berdua je dengan yunnan.
Time tu pulak, aku tengah berwasap dengan familia. Andak dok cerita dia ternampak nampak ‘sesuatu’, yang ana pulak bab tu memang champion ah. Dari dulu dia memang champion kalau dengar, rasa, nampak benda cenggitu.
So nak dijadikan cerita, tengah seram seram berwasap tu, dengan satu haprak lampu pun tak pasang, tetiba hujan turun dengan lebatnya gitu. Dengan bunyi guruh macam berlawan lawan pulak, Aku ok je memula tu sebab mata dok tumpu kat hp. Sekali bila mata dah kalih ke tempat lain baru perasan pehal rumah aku gelap semacam je ni. Terus rasa serem meremang bulu roma jap.
Dalam pada seram tu, terus lelaju bangun dari baringan pergi on lampu.
Masa tu yunnan tengah tidur.
Lepas tu sambung balik berwasap seram.
Sambil mata melilau lilau.
Dah tu andak tu kalau cerita, kalau tak seram tak boleh tau.
Dia bagitau pulak rupa bayangan tu macammana. Dah aku pulak asyik terbayangggggggg je.
Sempat pulak kong ajo cakap;

 

Dia tak kaco ko kat tam. Sebab dia tak suka orang tangan kasar.

 

pffftttttt…
ayat kong ajo sangat tu, hahahaha…

 

Tapi memang la. Aku perasan benda benda macam ni memang tak berkenan dengan aku. Mungkin sebab aku ni beriman HAHA tu yang dorang macam surrender tu HAHAHAHA…

 

Yang ana pulak cakap.

 

Kita rasa dia bukan takut dengan atam, tapi dia takut dengan ciput.

 

Motip???

 

Tengah dok wasap wasap sekali panggggggggggg bunyi thunder kuat gila nak mampos sampai shot satu rumah.

Aku terkejut, yunnan terkejut dua dua berpelukan…
Waaaaaaaaa nak nangis rasa dia punya seram, hahaha…
Dah pulak mata aku ni kejap kejap pandang tangga, kejap kejap pandang dalam bilik.
Bongok, nape la aku tak tutup pintu bilik ni kan, Dah dua tempat pulak aku nak pandang…
Lama kot, aku nak berdiri nak pergi on kan balik letrik.
Mula mula tu aku kuatkan semangat jugak, kotak letrik tu belakang pintu. Kalau nak on kan, ko kena tolak la pintu secara half. Sekali panggggggg pintu tertutup, angin kuat. Apa lagi bertambah gelap gulita la.
Dah la aku ni penakut boleh tahan over jugak.
Terus tangan bukak pintu larik pi kat sofa.
Ahhhh gelap pun gelap la….
Ahkak tak kuat dik.

 

Lama weyyyyyyyyy…
Aku wasap dengan ciput dulu, wasap dengan adik badik dulu, nak kasik cool down balik.
Lepas tu baru aku beranikan diri pi on kan letrik.
Phewwwwwwwww…
Berjaya.
#tepukbahusendiri

 

Tak suke hujan hujan lebat cenggini time ciput takde.
Kalau ada, boleh gak pepeluk.
Ni takde, peluk yunnan je lah, hehehe…

 

Cerita lain;
Sejak abah takde ni.
Panjang jugak la kaki mak aku.
Wpon belum berjalan sana sini kerana menghormati tempoh eddah.
Ada la jugak mak berjalan ke rumah anak anak.
Hari tu mak datang rumah aku, duduk 2 malam.
Soka la kan.
Pepagi aku dah masak nasik goreng takut mak lapar.
Terkejut kejut ciput tengok aku pagi pagi dah rajin, hahaha… Dah tu, kena la rajin. Mak kita ada…
Kalau mak kita takde, mamak cukup. Tak pun nah makan roti cukup, hahaha…
Lagipun mak aku jenis nak kena makan ubat. So before makan ubat tu kena la makan dulu. Rumah aku ni pulak jenis mana ada benda yang pepelik ni. Kalau ko tak masak, memang takde benda la yang boleh ko telan. Roti biskut ada la. Tapi tu je la pun… Mak dah la jenis kureng makan roti. Jenis macam aku jugak, nak kena nasik jugak. Nak taknak terpaksa jugak aku senseng lengan pagi petang siang malam.
Hahahaha poyoooooo, macam masak sangat.
Padahal pepetang, mak jom makan luar, haha.
Besok pagi, mak jom makan mamak.
Biasa la, cerita kena up lebih sikit, hewhewhew…

 

Lepas dah duduk rumah aku, mak aku pergi duduk rumah andak pulak.
Rumah andak lama sikit, seminggu.
Balik pun sebab bekalan ubat dah habis. Kalau belum habis, mahu berminggu minggu mak duduk sana.
Rumah andak best.
Semorang suka duduk sana. Hehe.
Aku pon sokaaaaaa…
Sebab andak ni jenis gila menjamu orang makan.
Pagi petang siang malam adaaaaaaaaaaa je makanan.
Makanan pepelik wajib ada.
Ko bukak petiais mesti ada benda kudap kudapan.
Itu dulu la. Skang tak tahu la. Lama dah tak pergi umah pomps pipi ikan kembung tu.
Lepas tu, nak sepahkan rumah i, silakan takde hal punya. Sila buat macam rumah sendiri gitu…

 

Minggu ni mak kata nak pergi rumah kakcik pulak.
Siap warning kakcik.
Sebelum mak datang rumah ko tu, kemas kemas la apa yang patut, bahahahahaha…
Tersirat sangat tu kakcik, hahaha…

 

So, mak ni jenis kalau depan anak dia taknak cerita pasal anak tu.
Contoh, kalau depan aku, dia akan cerita pasal anak anak yang lain.
Pung pang puji sana sini… Andak ko bagus, begini begini begini orangnya.
Kakcik ko tu pun bagus, anak yang tak pernah merisaukan hati perut mak bapak.
Kaklang tu pulak bla bla bla…
Akak ko gitu gitu…

 

Pastu cam, eh atam takde ke?
Hehehe cakap dalam hati.
Yela, kengkadang teringin jugak nak dengar mak puji kita ni depan depan. Baru semangat sikit kan.

 

So hari tu berwasap, kaklang cakap la dia ada dengan mak. Tengah dengar mak bercakap pasal anak anak.
Apa lagi laju je la memasing tanya, mak cerita apa…
Mak cakap, duduk rumah andak ko best. Sihat mak duduk sana. Tenang hati mak.
Ana pulak selalu bagi mak hadiah.
Ayie, mak happy dia nak benti keja dah, nak kerja lain.

 

Terus aku potong tanya, atam ada tak? Haha… Teringin gak nak tau. Ada ke tidok pujian. Part burok tu takyah tanya la, itu dah lama tau, hahaha…

 

Mak cakap, rumah aku sejuk, semua kitab ada, quran ada, kitab solat sunat ada. Gituuuuu…
Lepas tu mak cakap, atam ni tersusun hidup dia, barang barang kat rumah semuanya tersusun.

 

Va va va…
Bangga pulak dengar.
Terpaksa cerita kat korang bahahahahaha….

 

Tersusun sangat tu idok la. Bersepah jugak kekadang. Cumanya, kalau mak ada tu aku jadi rajin lapanploh kali ganda la. Ye la, takkan nak biar mak duduk dalam rumah yang bersepah kan. Mesti la kita nak mata dia tenang menengok rumah. Lagipun, rumah aku ni selalu nau mak mertua aku buat kejutan.
Ko kalau dapat mak mertua yang jenis pengemas. Akan auto jadi pengemas jugak. Malu la kalau kang dia datang rumah, rumah bersepah sepah, lantai melekit lekit. Dah tu pulak, mama ni kalau datang kang, mesti kang tolong mengemas sekali. Paling suka dia kemas belakang la. habis licin dia kemas, kikiki…

 

Masa tengah membangga kembang kembang hidup, tetiba kakcik muncul cakap…

 

Kakcik menunggu ni
HAHAHAHAHA…
Nak jugakkkkkkkk pomps tu.
Pastu bila alang lambat reply, dia cakap internet slow la. Hahahaha… Lawak sangat la kakcik nie.

 

Ok cerita lain…

 

Hari tu aku mengamuk sakan bila keisha berak dalam seluar.
Entah kenapa entah perangai pepelik dia tu.
Mulanya tu, bontot dia ada luka. Alaaaaaa, luka garu tu. Kecik je lukanya… aku mula ingat kot ada bisul ke apa, sebab kemain over dia menangis kalau kena air… Rupanya, hek eleeeeeee secoet tu je lukanya. Rasa macam nak libas kasik luka tu lebar. Baru berbaloi sikit nak menangis macam kena dera, pffftttt….
Start tu la, dia taknak pergi toilet berak.
Tahan tahan je nak berak.
Mula mula tu, ok la.. terberak tu kita kasik can la…
Bila dah kali kedua, macam pelik pulak kan…
Kali ke3 nampak dah dia melompat lompat sakit perut, bila ajak pergi toilet menangis nangis taknak. Sekali tup tup berak.
Lagi best, tengah mandi. Aku tengah mandikan dia, suruh gosok gigi. Menangis taknak gosok gigi, sekali tengok plop berak dua ketul sambil berdiri. Tak ko berbulu tengok. Dalam toilet kot, nak berak pergi la duduk kat toilet bowl tu kan. Terus aku menjerit panggil ciput. Masa tu yunnan pun ada mandi sekali. Dia tengok taik kakak dia, dia pulak histeria sama. Dia ingat dia terberak, padahal kakak dia yang berak. Hahaha…
Lepas tu hari tu, bawak keisha pergi padang bola. punnnnnnnn macam tu jugak.
Aku dah warning ni. Kalau nak berak bagitau.
Tengah ciput main bola. Nampak dia macam tak senang duduk.
Aku cakap la, sakit perut ke? jom la berak.
Menangis cakap taknak.
Sekali dia dah melompat lompat cakap nak berak.
Ko bayangkan ah. Dah la aku sorang masa tu. Dengan yunnan lagi. Dengan keisha buat hal nak berak tapi last minit. Dukung yunnan, suruh keisha jalan kaki pi toilet. Melompat lompat la dia menangis. Bila dah sampai toilet rupanya dah terberak dalam seluar. Pffffttttt.. sabor sabor… Tapi dalam sabor berdas das aku bebel.
Pastu bila dah setel basuh semua. Slow talk la dengan keisha.
Why u do this to me keisha, whyyyyy, hahaha..
takde la. Tanya la kenapa???
Kenapa nak berak dah tak reti nak bagitau. Sebelum ni pandai je nak berak pergi toilet sendiri. Takpun cakap dengan mummy.
Diam je dia.
Aku cakap lagi, kakak kalau berak lagi dalam seluar. Mummy bawak pergi jumpa doc biar dia cucuk bontot kakak. Nak???
Terus menangis cakap taknak.
Pastu aku cakap, kalau kakak pandai cakap nak berak, nanti mummy belikan kakak barbie. Kalau kakak berak dalam seluar no more barbie okey???
Laju dia angguk…

 

Besoknya, terberak lagi dalam seluar.
Ciput yang basuh.
Ciput bagitau aku, apa lagi mengamuk la aku…
Aku cakap, kalau nak berak sangat dalam seluar, meh sini pakai pampers.
Terus tarik dia nak pakaikan pampers. Menangis histeria la dia taknak pakai pampers.
Biar mummy buang je semua spender princess kakak tu. Takyah dah pakai spender. Pakai je pampers.
Taknak mummy taknak…

Lantokkan dia nangis. Geram aku…
Pang kena sedas bontot tu sebab geram sangat, kahkahkah…
Tapi kejap je la aku marah kan. Lepas tu pujuk balik.
Pesen anak aku, bila mak dia marah, tapi dengan mak dia jugak dia nak melekat. Aku suruh ketepi ketepi, ke aku jugak dia datang… Lepas dah marah marah, terus peluk bagi nasihat…

 

Pagi tadi, before pergi sekolah. Terus aku pesan.
Nak kencing berak bagitau auntie tau. Kakak jangan lupa…
Kalau taknak bagitau, kakak pergi je toilet sendiri… Kakak kan pandai.

 

So entah la macammana dia kat sekolah.

Petang tadi, balik dari sekolah. Laju datang kat aku happy happy cakap kat aku…

 

Mummy, tadi kakak dah berak, dah kencing…
Kat sekolah ke?
Ha a… kakak pandai kan mummy…
Pandainya anak mummy *terus peluk ketat ketat… kakak bagitau auntie ke?
Ha a.
Macam tu la anak mummy…
Nanti mummy belikan barbie tau…

 

Krik krik krik…

 

Ingat pulak dia tang barbie tu.
Terpaksa la carik barbie pasnie.
Dah janji, terpaksa la tunaikan, huhuhuhuh…

 

XOXO
Ceera

5 Comments

  1. nasib baik gak ada yunnan, boleh peluk.nkalau sensorang lagi takut huhu..

  2. hahahaha entry ni paling kelakar..bab anak terberak dlm seluar tu paham sgt..hehe kelakar la ceera ni

  3. HEHEHHE umpan barbie…habislah. Kesya owhh kesya, awatlah dapat penyakit berak dalam seluar ni. Hemm…sabar yer ceera.

  4. pelik kenapa entri panjang sangat. pastu baru ingat tajuk dia 3 in 1. hehe~ bahagia je adik beradik ramai pastu rapat-rapat macam ni. happy family 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *