5 minit di curve

Nampak nau menipunya kalau 5 minit.
Nak carik parking pun dah seploh minit…
Kira nak cakap, betapa sekejapnya lah berjalan kat the curve ni…
Aku sejak anak dua ni, kalau jalan memang tak lama la. Kalau takde tujuan memang tak kesio aku nak membawa dorang ke shopping mall. Kalau ada benda terpenting je bawak. Kalau shopping pun mesti dah aim kat mana nak pergi lepas tu zas zas zas shopping terus calooo… Kalau shopping barang sendiri, aku lagi suka pergi sendiri. Banyak sikit aku boleh shopping. Ciput sila duduk rumah jaga anak, kahkah…

 

Bukan apa, dah tua. Cepat penatnya hahaha…
Kalau bawak anak keluar. Pergi satu tempat je pun. Balik rumah, terus rasa penatnya la haiiiiiiiiiiiiiii…
Ni la dia, bila dah stop semua supplement.
Tak tahu nak makan supplement apa lagi. Tengah dalam proses pencarian.
Actually, malas nak makan sebenarnya, hahaha.
Aku ni kan jenis suka buat buat lupa sikit kalau kena makan ubat.
Sebab tu banyak je vitamin aku expired begitu sahaja…
Haishhh not good not good

 

>____<

 

So, kitorang pi the curve hari tu sebab nak ambil camera sony aku.
Bulan lepas hantar servis. Takde rosak apa pun.
Alang alang hantar laptop rosak, Aku letak sekali camera sony untuk diservis. Kesian dia, 2 tahun berkhidmat, tak pernah servis pun. Dia punya button on off dah ketat. Kekadang gila, kekadang tuan dia yang gila, hahaha… ko dah set self timer. Lepas tu ko geram kenapa bila nak snap takleh tekan. Dah tentu tentu kalau tekan lambat sikit dia snap kan. Dah aku macam, haaa camera aku gila… Padahal aku yang gila, hahaha…

 

Camera kesayangan ni… Wpon ada camera samsung, tetap sony camera kesayangan… #usapcamera
20131116_160557

Keluar di tengahari…

 

20131116_164453

Dalam lift pun sempat bergambar…
Sampai curve terus pergi sony.
Korang kalau nak pergi hantar servis/repair barangan sony. Terus pergi the curve tau.
Tak payah hantar kat tempat lain. sebab nanti yang tempat lain tu hantar kat the curve juga. So jadi lambat.
Kalau hantar ke curve, cepat la sikit, sebab semua pun buat kat situ…

 

Dapat camera, terus cari kedai makan.
Kelaparan…

 

20131116_171705

Sementara menunggu makanan sampai.
Ciput bawak yunnan keluar, jalan jalan kat luar.
Aku lepak dalam cafe dengan keisa.
Tengah menunggu makanan tetiba keisha nak shi shi bagai
Dia ni macam macam hal tau, haha..
Selalu je macam tu…
Call ciput tak angkat pulak, pffftttt. So aku suruh keisha tahan. Terkemut kemut pompuan tu menahan, hahaha…. Nasib baik keisha ni jenis pandai menahan kencing. Kalau kitorang dalam keta pun, kalau keisha nak shi shi, aku suruh tahan jap… nanti kang dia baring menahan kencing, hahaha…

 

Lama jugak kot baru ciput muncul.
Terus aku suruh bawak keisha pi kencing.
Aku nak bawak macammana, dah la toilet kat luar dari cafe.. kalau kat dalam cafe takde hal lah. Boleh je tinggal makanan tu sekejap.

 

20131116_172028 20131116_172154 20131116_172204 20131116_172434

The little penang cafe…
Kemain banyak order. Lepas tu nak muntah kasik habis…
Keisha dah tentu makan tak habis.
Aku pun dah tentu makan tak habis.
Last last semua pun campak ke ciput,  hahaha.
Nasib baik laki aku jenis monster, bab makan bawak mai sini… semua boleh setel dalam sekelip mata, hehe…

 

20131116_180611

 

#ootd mak encik…

Sopan betul rasa kalau pakai macam ni, hehe…

 

Ok itu je cerita hari ni. Ini pun cerita minggu lepas punya, bahahahaha..
Bai..

 

Love: Ceera

 

<Ads>

shawl

 

Setiap minggu mesti ada sekali aku rekemen kat uols tempat untuk beli shawl.
Kali ni, dari nuraisyshoppe pula.
Ada jual wideshawl dan juga tudung halfmoon.
Yang bestnya, wide shawl dia serendah RM25 excluded postage.
So if berminat boleh usha FB dan website beliau ye.

Website: http://nuraisyshoppe.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/nuraisyshoppe

 

Tags: ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • Twitter
  • RSS