Assalamualaikum baby Izz Qaiser

Excited betul bila dapat tahu adik aku zacku dah selamat melahirkan baby.
Pagi pagi terjaga terus check phone.
Bila tengok wasap dari zacku “kita dah selamat beranak jam 2.18 pagi” terus dalam hati cakap alhamdulillah…
Yelaaaa, risau kita tau. Patutnya beranaknya hari ahad. Tapi dah lepas ahad pun tak jugak beranak beranak.
Eh baby ni, awak nak mengidolakan kakak keisha jugak ke?
Kakak awak overdue, awak pun nak overdue jugak?
Awak lelaki tau..
Orang selalu cakap, anak lelaki kena keluar cepat sikit pada duenya.
Ni awak selesa nau nau ye…
Dah la mak awak aktif kemain, punnnnnnn selesa jugak…
Apa apa je la. Yang penting. Selamat dah pun kedua-duanya. Alhamdulillah…
20140815_170458

Konon nak melawat malam.
Tetiba ciput cakap, dia amik halfday. So boleh la melawat petang tu….
Elok ciput balik dari kerja, terus aku bersiap siap tak sabar nak jumpa zacku and baby.
Tepon mak, tanya dah tengok zackU ke belum. Mak cakap dia dah pergi tengahari qery amik kat rumah…
Mak aku lagi over, pagi subuh dah call tanya macammana mak nak pergi tengok ana. HAHA…
Macammana aku nak bawak mak oi, aku sendiri harap orang bawakkan…
Pastu mak bising.
Tu la, mak suruh ko bawak balik keta myvi malam tadi ko taknak.
Hwa hwa hwa…
Pastu kaklang pun bising. Kenapa ko tak bawak balik je keta myvi mak tu. Myvi tu kat rumah mak pun bukannya jalan. Kalau ko ada berjalan jugak myvi tu.

Haishoooo pening ahhh peninggggggg…

 

20140815_170521

Comelkan???
Baby mesti la comel. HEHEHEHE…

Masa mula mula tengok gambar zackU post kat IG. Aku tengok, eh hidungnya ikut zackU ke? eh jangannnnnnnn penyekkkkkk nanti, hahahaha…
Bila sampai hospital, terus tengok hidung.
Oh tak… Ada batangnya, hahaha…
Biadap sangat cek hidung dulu…

 

20140815_171852

Bagi yang bertanya normal ke czer.

 

20140815_173854

Pengalaman bersalin?
Tggu la tuan badan cerita sendiri.
Cuma yang boleh aku bagitau.
Boleh tahan lama la nak tunggu bukaan tu bukak…
Induce dari pagi kamis… Pagi jumaat tu baru beranak…
Sadis…

 

Sampai muka and belakang zackU, keluar bintik bintik merah ah…
Nampak sangat sakit menahan contraction…
Cuma satu ah kebanggaan aku kat adik beradik aku kalau beranak.
Semua jenis senyap tak jerit jerit…
Sakit macammana pun, senyapppppppp…
Cuma muka je berkerut kerut…
Mungkin sebab malu menguasai segalanya, hahaha…

20140815_173943

Rindu jugak sebenarnya nak ada baby…
Tapi tunggu la kejap.
Ceaaaaaaaa tunggu konon.
Tetiba kang annouce, saya dah pregnant. HAHA.
Senang cakap. Tunggu je rezeki Allah nak bagi.
Saya sedia saja… ecewahhhh…
2 mana cukup. Ye dak. At least 3. Tapi tu la, yang 2 ni pun terkontang kanting rasa. Sampai nak makan kat luar pun kekadang rasa seriknyeeeeeeeee… Tapi sibuk jugak nak bermamak.
Aku jarang ah nak demand makan kat tempat sedap tetiba…
Paling paling pun mamak ah kalau weken.
Kat mamak yang makan tak sampai setengah jam pun boleh buat lolah rasa.
Sebab anak anak aku ni tak reti duduk sendiri…
Keisha tu dah besar kan???
Pun sibuk nak duduk atas ciput.
Eh yunnan mana boleh tengok kakak dia manjer sikit. Kang dia pun nak manjer sama.
Itu kalau duduk berpangku la.. Blm lagi buat hal tetiba nak beli telur yang masuk duit 20sen 50sen tu, perghhhhhhhhhhh besar kecik besar kecik je aku tengok dorang…
Nanti kang guling guling atas lantai.
Tu yunnan….
#urutdada…

 

Tapi aku syak itu perkara biasa sebagai parent.
Baru berwarna warni sikit kehidupan ye tak…
Cuma aku ni konon nak stop bf untuk setahun kalau boleh.
Penat la bf…
Ni yunnan nak masuk 2 tahun next month, baru aku akan try stop kan…
Entah macammana…
Dah kawtim dah dengan ciput. Tapi entah la macammana…
Kalau berjaya, ku cerita di blog ye…

 

20140815_173953

Ok sambung citer pasal baby Izz Qaiser.
Tetiba je maktam ni sibuk nak caras entry pasal saya citer pasal anak dia pulak. Sibuk je, HAHA…

 

20140815_174013

Ahhhh dapnya bau baby…

ZackU pantang kat rumah dia sendiri je.
Senang…
Lagipun zackU, pantang pantang pun meniaga still on.
Sebab tu kena ada kat rumah sendiri. Senang kerja dia nak berjalan…
So uols kalau nak beli tabita dan seangkataan dengannya, boleh wasap beliau macam biasa ye…
Pos juga macam biasa wpon beliau dalam pantang…

 

20140815_174107

Haaa telek la..
Ikut muka qery ke zackU?
Aku tak pandai telek muka baby dalam hari sangat..
Sebab muka baby ni berubah ubah.
Kejap kang nampak cam emak eh. Kejap kang nampak cam bapak eh.
Tak kisah la muka siapa pun, jangan tetiba macam muka orang lain sudahlah, haha…

 

20140815_174116

Jangan besar cepat sangat ye…
Kalau nangis tu biar kuat sikit.
Biar mak ko banyak kerja sikit, HAHA…

 

Nanti maktam datang jumpa awak lagi ye.. muahsssss….

 

XOXO
Ceera

17 Comments

  1. ad jgk ke yg islam style jerit2 kalo tggu jln bukak?? peliknye la hai kn klo pangai mcm tu…

    ishh geramnye tgk bb, bam2 nmpk

  2. hahahahha, sabo je ler… aku pun terkontang kanting rasa anak-anak dua ni… cuma skrg makan kat luar dah aman sikit.. haha sikit je la…

  3. Ya Allah. Comel sgt anak sepet ni. :D. Nanti dah sebulan lebih baru nampak ikut muka sapa. Nampak macam Qery. Tapi putih cam mak dia. Kira oke la. Hehe.

    Akak masa lahir amelyz tu nak tunggu la 2 tahun ke, sekali ter-selang setahun. Takpe. Biasala ada anak kecik tu. Kita buat je yang terbaik untuk anak-anak. Sejuta lebih baik dari org yg buang anak tu. Pbbtt..!

  4. embam angat nie.. sedap dukung ni mampat je.. nanti ada masa free nak melawat sepet.. tapi tah bila la tu.. kene amik address umah dia dulu.. ko ada pon best gak 🙂

  5. Assalamualaikum. alhamdullilah. taniah sepet dah ada anak. best. rindu bau anak masa dalam hari. heheheh comel sangat baby sepet ni… tak sabar tengok rupa dia bila dah besar nanti. heeee

  6. alahai bestnya dpt baby 🙂 tingin jugak tapi tang yang kena lapah satu2 lapis tu seriau lagik..kekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *