0

Tutorial masukkan keek dalam blogspot

Marilah ku ajar ye. Sebab ramai nau yang menanya macam mana nak letak keek dalam blog. Dah letih aku nak ngajor sorang sorang. Ye, ku tahu… bukan semua orang celik it. Masih ada yang samar samar it wpon dah berkurun ada blog ken, haha… Haaa, tersedek lettew…

Pertama: Pergi ke keek.com
Kedua: Log in.
Ketiga: Pergi ke keek mana yang ko nak masukkan. Nak masukkan keek orang lain pun boleh. Sebab satu kelemahan keek ni, tak boleh private. sapa ada akaun keek, kena la feeling retis sikit sebab berkemungkinan ada orang lain yang bakal mengusha keek anda.
Dah tu cannot private ma… aaaa canner???
Aku mula mula nak bukak keek konon nak private la, sekali pui takleh priavate, derrrrrrrrrr…

Keempat:

Nampak tak ada icon kecik kat bawah video keek itu…
Situ la tempat yang ko nak share kat mana-mana social media pun. Nak share kat twitter boleh, fb boleh, blog pun boleh.
Cara nak share kat blog macam biasa la. Kena ada coding pepanjang macam tu…
So click kat yang aku bulatkan merah tu… copy coding dah pastekan kat blog. Paste macam biasa je… *untuk pengguna chrome* Siapa guna selain chrome, kalau paste kat compose tapi tak muncul muncul videonya. Try paste kat bahagian HTML ye…

Kat mana HTML?
Sebelah Compose sederet dengan ko click icon untuk masukkan gambar tu. Belah kiri sekali…
Nampak ke tidok???

Kalau nampak bagus. Kalau tak nampak… nasib engko lah!

Nahhhh video budak bambam kemain geds lagi tengok muka sedia kat camera depan, hehe…

Selamat Mencuba…

Love: Ceera =P

0

Demam keek

Ayoooo sekarang ni asik main keek je sampai blog dengan ig pun dilupakan. Oh twitter memang dah lama aku lupakan. Update kalau ingat je, tak pun update kalau nak bgtau blog dah berupdate. Fb lagi la sedehhhhh, tu pun berupdate pasal ig, kalau tak nan ado jugak ku intai haha… kong ajo sungguh.

Haaa apa itu keek?
Keek tu macam instagram jugak. Cuma ig kita share gambar, tapi keek kita share video 36 saat sajork. Nak lebih lebih sampai 2 7 minit, pergi ko ke youtube sana.

My keek – ceeramoon
Banyak mengarut je. Tp memang semua keek pun mengarut hahaha…

Mula mula perasan si jemah ada acc keek tp buat dunno je. Lepas tu masa lepak dengan manjers, si ayu dok record kitorang sebab nak masuk dalam keek. Dia cakap jom la join keek best manjer… aku pun ok, nanti la. Besoknya tengok si kathy dah bukak acc keek show off kat ig. Eh tak boleh jadi kena ada keek jugak. Terus la aku pun taknak kalah buat keek jugak… hahaha…

Tapi best la. Lepas tu ramai blogger yang bukak keek terus la poyo memasing amik video muka masing masing hahahaha…

Boleh tahan addicted jugak ah. Sikit sikit nak amik video, semua benda kalau boleh nak bagitau dah macam gaya retis romanya… retis tu banyak la jugak aktiviti dia, ada la jugak orang yang nak amik tau. Ko tu duk rumah pon sibuk nak bgtau aktiviti juga hahaha… anak tidur pon nak bgtau. Rasa nak lempang diri sendiri.

Tapi pedulik la. Sendiri jugak nak feeling feeling. Yang penting boleh nak nampak muka horror kalau dalam rumah. Tidak la pose cantik semata mata hahaha…

So siapa takde keek jom berkeek best!

Love: Ceera =P