2

Tolong jawab

Perasan tak ada benda baru kat blog i ni.
Ye i tahu la blog i tidak sehijau dulu, tapi bersabarlah sayang, sebab i sedang bikin yang lebih gempak pom pom pom. Kalau dah siap kang baru la berseri sikit…
Tapi sekarang pun berseri kan?
Sebab tu i asik jaja wajah jelita i ni, saja nak bagi berseri, bahahahaha uhuk uhuk uhuk…

Nampak tak??? cer jeling sikit belah kanan tu.
Haaaaaaaa nampak pun…
Cer klik tanda + tu. Cer klik sat. Klik la sat…
Dah klik????

Keluar sebijik sebijan macam ni kan???

 

Ambil masa ko seminit je. Tolong jawab survey ni ye.. ada 15 soalan.
Tapi ken, nanti ken. Ada soalan pasal sponsored post tau. Nanti jawab la yang mengambil hati aku tau. Jawab la interesting sangat sponsored post i tu, hahaha… jangan la terus jawab, ahhh tak suka nak baca, tak suke tak suke…. Paling koman pun jawab la suka baca tau, hahaha..
Korang ni semua baik baik hati kan, banyak pahala hari jumaat bantu orang ni…. #kelipkelipmata
Terima kasih banyak banyak…

 

……………….

 

Jom borak hari jumaat.
Lama nya tak borak borak.
Biasanya cerita yang singkat padat je kan…
Ok kita cerita pasal diri sendiri dulu…
Aku skang pakai cincin pun dah longgar ok, apakah makna semuanya ini? hahaha… dan apakah makna cerita kat korang ni… haha
Ini 1st time dalam hidup la pakai cincin longgar. Padahal dulu beli cincin kawin and cincin peberet kaler pepel tu memang ngam ngam kat jari manis. Sekarang ni kalau aku lambai laju sikit mampu tercampak kot cincin tu…

 

Sayang, ayang punye cincin dah longgar la, cuba tengok ni ha… asik terbalik balik ke belakang je..

 

Ayang tu memang dah kurus sangat la sekarang..
Yeke??? kurus ke???

 

Terus belek diri depan cermin…
Memang perasan dah cekeding sikit.
Sebab seluar jeans aku yang size 26 pun dah longgar. Kegilaan apakah ini? takkan nak suruh beli 25 pulak kan. Hoi tak kuasa…

 

Lepas tu seluar biru yang dulu aku tak boleh pakai pun dah boleh pakai. Itu pun longgar, pui…

 

Aku ni memang la suka kurus. Tapi kurus sangat takmo la pulak. Takut aku. Dah macam zombie berjalan pun ye. Dah la pulak aku ni jenis kepala besar. Nanti kang nampak kepala je, hahaha… dulu adik badik aku selalu menganjing aku pomps kepala besar, hahaha… hoi, ni kepala besar bijak tahu. korang mana tahuuuuu….

 

Berat terkini – 48kg
Ok nanti aku try timbang kat digital punya. Mungkin lebih benar.

 

Jangan tanya tips kurus sangat kat aku.
Kalau nak kurus, mungkin boleh cuba jaga anak sendiri di rumah, hahahaha…
Kalau ada anak sorang, mungkin kena beranak lagi sorang. Lepas tu jaga dua dua kat rumah. Nescaya ko akan kurus.

 

Yunnan tu dia punya aktif, aku yang tak suka nak lepak kat luar rumah pun terpaksa lepak hari hari sampai 2 kali sehari sebab dia nak main kat luar.
Kalau tak layan, dia nangis kat depan grill tu. Apa nak dikato. Layan je la…

 

Belum lagi keisha yang dah tak pakai diaper…
Memang extra ko akan merasai menjadi ibu yang sebenar-benarnya… bukan aku kata skang tak rasa jadi ibu lagi, haishhhh rakyat skang ni sensetip, kena xplain betul betul. Kang cakap macam tu mula la, elehhhhhhhhhh macam ko sorang je ada anak. Macam ko sorang je yang jaga anak. Maksud aku, baru tahu la jadi mak ni memang banyak tanggungjawab dia. Dulu rasa macam mudah, rupanya takde la semudah yang ku sangka. Nanti keisha dah sekolah, mungkin lebih mencabar sebab kena jugak aku masukkan aktiviti baru kat rumah dengan mengajar dia. Sebab now aku takde ajar-ajar dia. Aku ajak dia main je hahahaha… setakat nyanyi abc je la. Tunjuk mana a b c belum lagi. Malas hahahaha…

 

Lepas tu tengahari memang tiap tiap hari aku masak.
Haaaaaaaa kena citer ni, aku masak. Kang ada orang komen cakap aku pemalas.
Dulu masa puasa pun tiap tiap hari i masak tau. Masak untuk anak. Ko tu tengahari mana ada masak. mengangkang je baca blog kat opis kan, hahahaha #tujukatorangitu…
Tapi korang yang baik baik ni bukan mengangkang, tapi duduk secara sopan, hehe…

 

Lepas tu ciput balik ikut mood la nak masak.
Kalau hari ni dah masak, esoknya malas nak masak. Gitu.
Pastu aku makan pun tak tentu sangat.
Siang tak makan sangat. Takat bfast je. Lepas tu tunggu ciput balik baru makan.
Aku ni makanan anak, aku tak berapa nak makan sangat, haha.. padahal masak sup ke udang ke, boleh je kan makan dengan nasik. Tapi tetap la taknak makan. Kalau makan pun menghabiskan sisa sisa dorang je. Pastu terus basuh pinggan… takde nak tambah tambah nasik nye…

 

Haaa boleh la dijadikan tips kurus.
Tapi tips kurus yang tak healthy punya. Not good tau.
Korang kalau nak kurus, jaga makan… banyakkan makan sayur, kurangkan makanan berminyak. Kurangkan minum 3in1 gula gula ni. Tea tarik pun jangan minum. Banyakkan minum air masak, dan exercise…

 

Itu baru boleh kurus secara sihat.
Jangan ikut kurus gaya aku.
Ni kurus tak sihat. Ini kurus penat mungkin, hewhew..

 

Okbai

 

Love: Ceera

 

- Ads -
Cookies tersangatlah sedappppppp… stok aku dah habis, kena beli baru nampaknya. Paling suka perisa raspberry… blueberry pun dap dap hangat. Tapi ramai minat yang cornflakes punya, nanti ingat nak cuba yang tu pulak… 
 
K.Rogers Butter Cookies:
 
4 flavors availables:
1) Almond and Cocochips
2) Cornflake and Cereal
3) Blueberry
4) Raspberry and almond chips
 
Buatan Malaysia dan mempunyai HALAL JAKIM. Menggunakan 100% pure butter. Tidak mudah masuk angin dan tidak mudah pecah. 
Terdapat lebih kurang 54pcs dalam satu tin. 
 
FB Links: https://www.facebook.com/KRogersButterCookiesByZidaDanArif
Instagram: @nurulazida
Price: Promo RM23(tidak termasuk pos). Free delivery and pos laju available.
No tel: 0177145186(Zida)/0177445064(Arif)
1

Mari mengira protein

Cuba teka, berapa banyak protein yang ada pada gambar sandwich buatan sendiri di atas?
Ada 2 keping roti, sebiji telur goreng dan sekeping cheese.
Kalau anda dapat kira, anda memang hebat sebab aku sendiri pun tak tahu, hahaha…

Soalan lain pula.
Badan kita perlukan berapa banyak protein dalam sehari???
Ok ini aku boleh jawab…

(Berat badan x 0.8) min
So kalau aku, lebih kurang 40g protein yang diperlukan untuk badan dalam sehari…
Jadi tak tahu la, cukup ke tidok protein dalam badan aku sehari-hari… Kalau tak cukup tu yang membawa kepada, petang-petang dah longlai, muka jadi kusam, dan macam-macam lagi…

Biasanya aku petang-petang memang dah lemah dah, kalau boleh tidur ku tidur aje, hahaha… dasar tak cukup protein aku ni.. Jangan kata aku, korang pun sama ken, sebab tu macam-macam jenis supplements kita ambil sebab nak dapat energy sehari-hari…

Jadi, apa kata kita back to basic saja dengan mencukupkan protein dalam badan.
Sebelum tu meh aku bagitau apa itu protein. Supaya lebih senang untuk korang nak faham penerangan aku seterusnya…

Protein diperlukan oleh setiap sel hidup dalam badan. Selain air, protein membentuk bahagian terbesar berat badan kita. Dalam tubuh manusia, protein membentuk otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, kuku, rambut dan tulang. Sebab itu protein sangat memainkan peranan yang penting dalam membaik pulih tisu badan. Ia juga membantu tubuh menghasilkan enzim dan hormaon dan menstabilkan emosi.

Selain itu, protein membuatkan anda akan berasa kenyang dengan lebih lama dan berasa lebih bertenaga…


Manakala Kebaikkan protein pula:

  • Rambut berkilat dan sihat
  • Sihat dan kuat kuku
  • Firma dan kulit licin
  • Pengurusan berat badan yang lebih baik
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung

Sebagai seorang mummy, aku perlukan semuanya itu…

Jadi protein sangat penting bagi aku terutama time breakfast. Barulah ada tenaga nak buat kerja-kerja rumah dari pagi selain menjaga anak.

Kesimpulannya disini marilah kita mengambil NUTRILITE PROTEIN
With NUTRILITE™ All Plant Protein kita akan mendapat sumber yang baik untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Hanya ambil dua sudu setengah setiap pagi, 21g protein waktu pagi. Akan memberi tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda. Boleh je nak breakfast lain, tapi kalau bfast lain banyak kolestrol dan fat nya pulak. Tapi kalau dengan Nutrilite Protein ni, energy dapat, fat kurang, kolestrol pun takde. Jadi mana kita mahu?

Alang-alang diberi tenaga, marilah kita diet sekali. Bukankah begitu???

Mari tengok jadual dibawah…

Pffftttt hotdog dua ketul baru dapat 21g protein.
Biar betul ko ni???
650ml low fat milk baru dapat 21g protein, amagadddddddddddddddddddd…. tu baru protein, belum tengok lelemak and kolestrol bagai. Patut la kita tak kurus-kurus ye dak???

Kalau ambil Nutrilite Protein

  • Mudah, tiada kolesterol dan lemak yang min, NUTRILITE™ Protein provides 8g of protein in one serving. 
  • Mudah dihadam, mengandungi sembilan asid amino penting untuk membantu penghadaman dalam badan
  • faedah pemakanan tambahan isoflavon soya dan
  • boleh dicampurkan dengan makanan dan minuman dan lain-lain sekiranya mahukan kelainan.
Macam best. Kena cuba nie. Mana nak beli?
NUTRILITE All Plant Protein is now available through Amway Distributors nationwide and at the 20 Amway Shops located in Petaling Jaya, Klang, Wangsa Maju, Ipoh, Taiping, Penang, Perai,  Nusa Bestari, Batu Pahat, Segamat, Seremban, Kuantan, Malacca, Mentakab, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Bintulu, Alor Setar, Sibu  and Brunei. 
For more information on the products in the NUTRILITE™ range, log on to www.amway2u.com or call Amway at (03) 7946 2800/2288.
amway2u.com/nutrilite_protein
http://www.facebook.com/NutriliteMalaysia

Love: Ceera =P

1

Tips kempiskan perut dalam pantang

Salam kak ceera, congrats sbb dh ada sepasang anak. sy ada baca dlm blog akak yg akak sapu air asam jawa campur kapur utk kempiskan perut lps bersalin kn? Kakak sy baru lps bersalin nk cuba lps sy ckp kat dia. Tp kalau tak kawin lg n nak kempiskan perut boleh guna cara sama ke? Thanks for sharing. Love for keisha n yunnan :-)

Ok, aku jawab sekali harung kat semua yang tanya tru email, komen, fb and twitter.
Sorry kalau aku tak reply, sebab penat nak menjawab banyak kali…

Ni aku buat entry khas untuk pertanyaan korang.
Kalau tak faham jugak kaluuuuu, di alu-alukan untuk tanya di komen bawah ini. Insy aku akan jawab asap. Kata sudah ada komen baru from nuffnangx, sepantas kilat orang tanya… sepantas kilat juga aku jawab.

Sebenarnya, aku dah pernah buat entry pasal kempiskan perut dalam pantang ni 2 tahun yang lepas.. Ini entry nye… Klik saya please
Tapi aku buat la lagi sekali demi korang semua…

Pertama:
Pakai asam jawa di perut.
Kebaikkannya, ofcoz untuk kempiskan dan buang lendir di dalam perut.

Mula-mula asam jawa tu ko kena masak atas api. Buang biji-biji yang ada. Tambah air sikit kalau terlalu likat. Dan kalau boleh tambah sedikit dengan kapur sirih. Tapi jangan letak terlalu banyak, kang terbakor pula kulit ko. Kapur kan panas. Ko letak dalam setengah sudu je cukup untuk satu paket asam jawa.

Dah sebati semuanya. Tunggu suam-suam dan lumurkan di sekeliling perut.
Kalau boleh buat malam-malam masa nak tidur. Jadi takde la terasa seksa sangat.
Bila dah pakai kat perut, ko barutkan perut yang sudah disapu asam jawa. Barut tu buat sendiri! Buat sejibik macam barut baby tu. Kena usaha sikit la..

Aku biasanya, lepas sapu asam jawa. Pakai barut. Then pakai pula legging yang sampai atas pusat tu untuk lebih selesa. Jadiknya, bila asam jawa tu dah kering, dan bila ko bangun dari tidur. Takde la asam jawa tu bertaburan ke atas katil. Agak seksa okey kalau asam jawa yang kering tu bertabur atas katil and lantai. Dulu, hari-hari aku sapu bilik. Kali ni dah bijok sikit, tak payah dah sapu bilik. Kuikuikui…

Pakai dalam 10 malam.
Nak pakai sampai habis patang pun boleh. Rajin tak rajin ajer lah.
Nak pakai sampai dah rasa perut takbuncit pun boleh.

Kedua:
Pakai asam limau nipis yang dicampur dengan kapur sirih.

Yang ni ko tak payah masak. Yang ni just perah limau, lepas tu letak sikit kapur sirih dan pakai waktu siang setiap kali lepas mandi.
Kalau pagi petang mandi, then pakai la pagi petang.
Pakai satu perut juga, tapi tak perlu sampai keliling perut.

Dan yang ni tak payah sampai berbarut-barut sebab cepat kering. Dia macam bedak sejuk gitu.

Yang ini pun sama jugak. Nak pakai berapa hari ikut suka engkolah!
Engko yang nak kurus kennnn…

Ok kalau sesiapa yang masih bujang atau bukan dalam pantang tapi nak try jugak. Buat sajalah. Tak bagi effect yang -ve pun.

Selamat Mencuba!

Love: Ceera =P