Crab Factory

photo-10-12-2016-18-39-59

Jakun. Sebab first time makan dekat crab factory. Sebelum ni tengok instagram korang je kan, kemain show off makan kat Crab Factory. Aku telan ailio je kat sini. Tapi kali ni, HAHAHAHAHA, ko tengok la aku makan ni… Sedap hoiiii. Paling sedap suapan pertama. Nikmat tak terkata. Walaupun makan penuh kegigihan siap kena ketuk ketuk sambil cover tudung takut tudung comot, tapi tatap makan dengan penuh kegembiraan…

 

Sebelum tu, nak say thank you kat Nuffnang and The Crab Factory, sebab sudi ajak admin (gitu) makan crab besar peha secara percuma. Nikmat mana lagi yang ko dustakan… Syukur alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH swt. Dah la tu, layanan first class lagi. Siap anak aku Bunya dapat free meal fish fillet. Suka betul dia makan, tak berganjak dari baby chair. Bila anak tak berganjak, emak pun happy la sebab dapat makan dengan aman, hehehe….

 

photo-10-12-2016-18-23-47

Budak baik, Bunya.
Yang dua lagi kena tinggal. Kalau bawak, memang tak makan lah aku!

 

Serious sedap!
Semua sos sedap, tapi paling suka sos yang spicy la. Asal makan je cicah cicah dulu lepas tu slurp slurp sedut. Oh Crab Factory ada 2 sambal baru iaitu, Thai Sambal and Spicy Plum. Sedap!!!!

Ok ko tengok gambar kat bawah ni. Aku pun tak ingat dah berapa banyak disajikan, sampai bersandar la masing masing nak bagi habis. Pastu ada yang tapau sebab tak mampu nak habiskan. Nampak je mula mula eh kenyang ke aku makan ni. Sekali memang terlebih kenyang okey, sampai merayu rayu dalam hati, dah la dah la… jangan top up lagi HAHA..

 

20161210_18034220161210_181044

Gemok weyyyyyy…

 

20161210_181106

Klasik!

 

20161210_183507

Menu pertama yang sampai.

 

20161210_183816

Muka kelaparan masing masing tak sabar nak ngap tapi malu HIHIHI… Kekra ke tu pemalu??? Aku kalau sampai pada makanan terus hilang malu biasanya.

 

20161210_184102

Sedap awak.

 

20161210_184719

Udang yang ni pun sedap awak. Gemok! Segemok orang yang memegang itu, KAHKAH.

 

20161210_185929

Ini kepala je besar, isi sikit je kat badan Tapi tetap saya gigih makan. yela, hari hari biasa memang saya tak makan benda benda ni. Leceh nak masak. Jadi disini la saya pulun habis. Nyumssss…

 

20161210_190935

Todiaaaaaa dia topup lagi. Sos yang berlainan pula…

 

20161210_191020

Ini sotong kecik.
Awak rasa saya makan tak???

 

20161210_192150

Meriah serious meriah…
Makanan meriah, orang yang ada pun meriah semua. Berebut rebut makan…
Antara yang disajikan;
King White Prawns, Mini Lobsters (Yabbies), Hamaguri Clams, NZ Green Mussels, Scallop in Shells, Baby Octopus with the crab of your choice. Also comes with sweet corn, chicken sausage, potatoes, french beans and shallot rice.

 

20161210_192137

Untung la kekra dapat makan FREE. Kita kita yang baca ni tak dapat apa apa ke???

Eh ada la awakkkkkk..
Ni yang kita nak bagitau ni.
Takkan la nak bagi awak telan ailio je kan. Kita tak kejam tau…
Of coz, semua pembaca kekra yang nak makan kat The Crab Factory, akan dapat 25% off untuk French Brown Crab Seafood set for 2. Bagitau je saya pembaca blog ceeranoh atau nak lagi senang, awak buka post kekra ni tunjuk kat staff dorang. Cakap nah kekra cakap ada 25% off ni. Saya nak!!! Okey????

Atau tunjuk ni.

ceeranoh

Lagipun harga makan kat Crab Factory ni ok la… Not bad.

Macam seafood sets untuk 2 3 pax;

1) Meat Crab-M (2pcs) RM175
2) French Brown Crab (900gm – 1kg)  RM239
3) King Crab L 900gm – 1kg)  RM299
Not bad kan???
Pastu ohya. Besok 10 Jan, judah 3 tahun Crab Factory bertapak. happy 3rd Year anniversary Crab Factory… So sempena 3 tahun ni, dorang nak bagi;
Double Trouble- 2 L Crabs for RM120 only
(1.2-1.4kg)
Valid till the 15th of January 2017
photo-10-12-2016-20-11-59
Okbai, kekra dah kenyang.
Love:
Ceera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *