DHA Gummies

Minggu lepas, ada aku update kat instagram pasal Scott’s yang ada keluarkan produk baharu iaitu DHA gummies. Lepas tu ada la komen komen macam terpinga pinga eh eh yeke? Tak tahu pun kewujudan gummies dari Scott’s. Terus kekra macam nak libas shawl je sebab tahu awal, HAHAHA… padahal masa kat event pun aku terpinga pinga juga macam WOWWWWW this is awesome man, senang hidup aku. Tak perlu merayu rayu dan berlari lari lagi nak bagi anak makan vitamin. Kalau tak, setiap pagi… pffffttttt. Aku syak, disebabkan kesusahan parents nak bagi anak-anak Scotts yang berbentuk cecair tu la, Scotts keluarkan produk baharu mereka berbentuk gummies pula. Serious memang tak ada langsung bau hanyir ikan ke apa sebab ia dihasilkan dalam bentuk mikrokapsul berteknologi berpaten bagi mengekalkan khasiat minyak ikan tanpa rasa dan bau hanyir. Khasiat tetap sama mengandungi DHA dan Vitamin D, dan bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak yang sedang membesar. Antara sumber DHA adalah ikan seperti ikan salmon. Ia sangat membantu meningkatkan kebolehan kognitif seperti pembelajaran, ingatan, perhatian dan menyelesaikan masalah

 

Photo 07-08-2016, 22 55 59 Photo 07-08-2016, 22 56 29

Ini rupa bentuk DHA Gummies dari Scotts, comel kan. Ada bentuk crab, octopus, fish dan apa entah lagi, aku pun tak habis belek. Tapi anak anak aku seronok la sebab dapat makan supplemen sedap ni hari hari. Siap mintak lebih pula tu. 3 biji sehari mengandungi 40mg DHA untuk supplemen diet harian anak-anak.

Korang yang anti gula gula. Kena try bagi DHA gummies ni kat anak.
Serious sedap. Lepas tu tak manis sangat rasa dia. Just nice. Lepas tu ada 2 perisa, orange and strawberry. Dua dua tak manis sangat dan sedap. Satu botöl besar tu ada dalam 60 gummies. Harga aku tak cek pula berapa, hehehehe..

 

 

 

Photo 09-08-2016, 16 06 38

Ok itu je berkenaan Scott’s® DHA gummies.

Keterangan lanjut;

website: http://scottskids.com/my

facebook: http://facebook.com/ScottsMalaysia

Love;
Ceera

5 Comments

  1. yg dlm paket tu ada 15ketui RM9.80….dlm botol plak 60ketui RM36…
    mmg terbaek lah scots gummies nih. after 3days anak sy berselera makan.ni dh lebih seminggu consume alhamdulilah berisi sket badan dia. tp disebabkan benda alah ni sedap sgt, hari2 dia nk mkn byk.limit sehari 3ketui ja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *