Mudah dengan Astro Personal Video Recoder

Aku dulu selalu je tengok cerita sekerat sekerat.
Baru 10minit kat depan tv dah kena off sebab anak anak nak tidur.
Selalunya dulu, after 8 memang aku dah off tv. Memang dah takkan tengok tv. Ko tanya la cerita apa pun yang memalam punya. Mesti aku tak tahu punya, sebab aku tak tengok. Lain la kalau ada siaran ulangan siangnya, ok la. Kalau takde, jangan tanya. TAK TENGOK SEBAB BUSY MELAYAN ANAKS. Lagipun if aku ngengada nak tengok gak tv, kang  aku sakit hati, sebab aku baru je nak layan tup tup ciput dah panggil suruh tidurkan anak anak. Kekadang dia jahat dia pergi bawak anak anak masuk bilik dengan maksud tersirat udah udah ler tu tengok tv, meh sini tidurkan anak. Pastu elok aku masuk bilik, dia pulak chow keluar konker tv. Tak ke kong ajo namanya tu, hahahahahaha… Sakit hati gila.
Selalu kalau dia buat cenggitu, aku pun takkan bagi dia keluar.
Dah ko duduk jugak dalam bilik ni tidurkan anak. Jangan keluar nak tengok tv. Tak dibenarkan. Hahahaha…
Aku memang macam ni, pendengki punya orang.
Tak boleh tengok ciput senang, kikikiki…

 

Tapi sekarang, ehem ehemmmmmmm…
No more cerita sekerat sekerat. Takde dah istilah, alamak aku lupa nak tengok la cerita sekian, atau nak kencing pun kena tahan sampai iklan.
No more uols no more…
Sebab apa????
Sebab kita dah ada Astro PVR.
Jangan marah…

 

20140314_154235

Actually pvr  ni dah lama kan tapi sekarang dah lebih canggih sebab dah di lengkapi dengan WiFi
PVR dengan wifi ni, memudahkan kita untuk akses servis Video On Demand, takpe. Nanti aku cerita lanjut. Teruskan membaca ye.

 

20140314_154301 

Sekejap je proses pemasangan PVR ni.
Dalam sejam macam tu.
Sebab yang ni dia kena gigih nak pasang satu lagi wayer untuk ke piring. Tu yang kena memanjat manjat sikit.
Itu kalau korang yang memang dah ada astro la. Kalau takde astro pastu terus nak pasang pvr, mungkin ambil masa lebih lama sebab nak pasang piring sekali….
Tapi dun worry, orang astro buat kerja laju.
Zas zas zassssssssss dah siap.

 

20140417_234824 

Kesian aku.
Sebab baru tahu boleh setting tv kat remote astro, hahahaha…
Kalau tak nak bukak tv sibuk cari remote tv. Dah dua remote aku kena ada kat sebelah.
Rupanya kat remote astro pun boleh setting tv punya.
Ngek sangat tau.
Masa kat rumah mama, tengok mama bukak tv guna remote astro terus aku dengan ciput kekaguman, hahahahaha
Dua dua KG sangat.

 

20140410_093619

 

Wpon tv mak encik jenis zaman batu punya. Pedulikla… yang penting aku pakai PVR. Ko hade????

So perkara mula mula yang aku buat bila dah ada PVR ni adalah merekod segala cerita yang aku rasa aku nak rekod.. Sebab aku takut kang aku terlupa nak tengok la, atau masa cerita tu tengah tayang aku takde kat rumah.
Cerita yang kita boleh rekod seawal seminggu awal. Kira kalau cerita untuk minggu ni, sahih ko boleh rekod dah. Yang minggu depan, tunggu sekejap.
Cuma yang bestnya kali ni, ada series link yang mana segala cerita bersiri, akan direkod secara sendirinya.
Kira nanti bila ko request untuk rekod, dia akan tanya. Awak nak rekod siri ni saja atau the whole series. Kalau nak the whole series, so dia akan auto rekod setiap kali cerita yang ko nak tu ditayangkan.
Jadiknya tak perlu la ko nak menunggu.
Contoh. Setiap isnin cerita keeping up w the kardashian.
Pastu hari isnin pagi ko dah standy untuk rekod malam tu punya.
Tak perlu dah. Sebab dia akan rekod dengan sendirinya.
So kalau ko lupa pun takpe. Sebab nanti tup tup dah masuk dalam library ko.

Best kan best kan???

 

Takpe, record je apa cerita pun. Sebab hard disk space adalah 500GB capacity sama dengan 290 jam SD hingga 100 jam HD recording…
Setahun punya rekod pun masih banyak space ni, hehehe…

 

Oh lepas tu kita boleh guna dual-tuner untuk record 2 program dalam masa yang sama menonton program yang telah dirakam.

 

20140410_093715

Tengok la tu, kemain banyak aku rekod.
Belum tengok yang next next tu lagi.  Tapi yang next next tu kebanyakkan bola ciput ah…
Dia lagi suka sebab banyak bola dia tengah malam jam 3 pagi macam tu. So takde dah la dia bangun tetengah malam nak tengok bola.
Now rekod je. Balik kerja baru tengok.

 

20140410_094133

My keeping up the kardashian series bebeh…

 

20140410_100343

Ok yang terbaru lagi sekarang ni adalahadalah Multilingual TV Guide.
Di mana kita boleh tukar tv guide kita dengan bahasa melayu/mandarin/tamil.
Kiranya tidak semata mata english la.
Sebab bukan semua orang faham english kan.
So senang la bagi mereka nak lebih faham sekarang ni.
Macammana nak setting semua, boleh bukak channel 100. Kat situ dia ada ajar.

20140418_000044

Semua bahasa ada. Melayu ada, english ada, tamil ada mandarin pun ada. Pilih je bahasa mana ko nak dengar. 

 

20140418_000742 

Ni kalau aku tukar tv guide dalam bahasa melayu.

 

Lepas tu, macam ko nak tengok cerita ustaz don la contoh.
Tapi tak tahu cerita ustaz don jam berapakah?
just pergi ke seacrh engine dan taip ustaz don, nanti paaapppp akan keluar segala yang ustaz don punye cerita.
Begitu…
Sangat memudahkan kerja pencarian kita…

 

Ok yang lain best..
Video On Demand (VOD)
VOD ni keistimewaan dia kita boleh tengok cerita tu on the spot. Tak perlu nak menunggu macam normal channels yang mana ko kena tunggu hari dia sampai, kang baru dia rekod kan. Yang ni, easily boleh rekod terus cerita berepisod/drama/movie.
Ni aku beli cerita Frozen untuk keisha.
Suka giler dia.
Budak budak kan memang tengah menggilai cerita Frozen. Tengok sekali mana puas, kena tengok berkali kali kali sampai juling mata mak pak ko tau…
Pastu macam menyesal pulak aku beli, hahahahaha
Keji…

 

Selain tu, ada juga program dalam VOD yang percuma.
Antaranya Bukan Kerana Aku Tak Cinta , Jodoh Itu Milik Kita . Oh My English Telemovie  ,Fear Factor Malaysia, Maharaja Lawak Mega 2013, Meletop, Primadona, The Band.
Best tak?
Lepas ni aku nak download bukan kerana aku tak cinta sebab ramai cakap best gegila, tapi aku tak sempat nak tengok.

 

Wi-Fi enabled:  

 

Tapi kalau nak beli apa segala cerita kat VOD ni, ko kena ada connection dengan internet.
Kalau takde, susah lah…
Macam decoder yang baru ni memang ada wifi. so on kan saja wifi, dah boleh langgan.
Kalau decoder lama, ko boleh check dengan www.astro.com.my/vod untuk cek macammana nak langgan dari VOD.

 

Cara nak on kan wifi, mudah saja…
cats

Tekan HOME kat remote control Astro.
Lepas tu, SETTING – NETWORK – WIFI

Dan lepas tu boleh masukkan username dan password untuk wifi memasing.

20140513_113633

Dan lepas tu dah boleh langgan semua filem/series/drama yang ada dekat VOD.

 

20140417_233030

Ada setengah VOD, ada yang berbayar dan ada yang FREE tau.
Jadi pepandai la memasing untuk melihat preview content dulu sebelum melanggan sesuatu VOD.
Yang ni aku beli Frozen untuk princess keisha.
Suka dia.

 

20140418_000129

Lepas ni ingat nak langgan PANIK pulak.
Sebab tengok dia punya review macam best je.

 

 

 20140418_000633

Lepas dah beli, dia akan masuk dalam library jugak. So mudah untuk kita di mana semua cerita di himpunkan di tempat yang sama… So nak cari VOD dan cerita yang direkod, pergi je kat My TV. Semua ada kat dalam tu.

 

20140418_000528

Yeayyyyyyyyyy
Astro memang best…

 

Aku paling suka part boleh pause, rewind and forward.
Sebab orang yang duduk rumah dengan anak ni, memang takdenya ko dapat nak menikmati tengok satu satu cerita tu secara direct.
Mesti ada je halangan yang pelbagai.
Kejap kejap anak nak berak
Kejap kejap anak nak makan
Kejap kejap anak nak susu.
Kejap kejap anak nak tidur pulak.
Dulu stress hoi. Nak tengok cerita secara tenang pun susah.
Sekarang ni takde hal dah.
Nak apa sayang??? susu??? ok mummy buat. Terus tekan pause…

Kalau anak nak tidur pulak???
ok jom tidur, terus tekan record.
Ahhh best.
Senang sangat.

Terima kasih astro sebab ada astro pvr yang mudahkan aku untuk rekod semua cerita kesukaan aku…
XOXOXOXO

 

More info, click here – ASTRO PVR

 

Sekian dari happy customer
Ceera

One Comment

  1. Masa nak rekod next punye cerita..kna on memanjang ke astro tu ke,boleh standby mode?kalau xde kat umah la citenye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *