Salam Ramadhan

Dah masuk hari ke dua berpuasa.
Camne puasa semalam? Ok ke tidak??
Aku pening pening sikit la. Biasala, manjer manjer hehehe…
Pening bukan apa, pening kena panas tengahari tu.
Pergi menservey sofa kemain lagi. 12 tengahari gi keluar rumah. Padan la muka ken. Semangat tak bertempat, haha…
Eh bukan sofa untuk rumah haku ye.. Rumah aku ni, pakai je la apa yang ada nak raya kang, jangan nak ngengada tukar sana sini… Ni survey untuk rumah mak aku…

 

Tahu kan, rumah mak buat renovation besar besaran.
Hilang dah tangga raya rumah mak.
Abah takde, tangga pun takde, huwaaaa…
Ok ok takmo fikir ke lain huhu…

 

Rumah mak kan jenis rumah kampung. Papan campur batu. Tapi yang bahagian living room, bilik memang asli papan.
Daripada abah sakit hari tu lagi rumah ni macam dah pepelik sikit. Kalau berjalan dari depan nak ke dapur, ada laluan macam lorong ke dapur tu. Kayu dia dah layut ke bawah. Silap silap kalau berjalan tetiba hilang je orang jatuh ke bawah…
Nasib la tikar getah ni memang berlapis lapis.. Dari zaman batu lagi, tikar getah kalau bertukar memang yang lama tak pernah di tanggal. Main lapik lapik je. Sebab tu la agaknya tak roboh rumah mak, sebab tikar getah jadi penyelamat. Kalau tak, abanglang lalu, memang hilang dari pandangan je tu, hahaha…

 

Lepas tu dalam bilik mak nak ke toilet pun dah berlobang dia punya papan. Kalau kitorang nak ke toilet memang kena langkah je lobang tu.

 

Nampak tak betapa nazaknya rumah mak?

 

Dari dulu kitorang pernah cakap dengan mak, buat la rumah mak ni cecantik sikit. Sedap sikit mak, selesa.
Tapi mak cakap, dari mak membazir buat rumah, baik duit tu emak buat jalan. Dah mak cakap macam tu, kitorang diam je la. Sebab nak hulur duit memang tak berapa nak ada sangat, hahahahahaha… Takat nak bawak mak berjalan boleh je sponsor takde hal punya. Nak sponsor untuk rumah mak, urut dada ajer lah, haha…

 

Tetiba bulan lepas mak buat keputusan nak buat rumah.
Terkejut kitorang adik beradik.
Mak ni, jenis nak buat sesuatu, takde makna dia nak tanya kat orang.
Kalau dia nekad nak buat, dia buat je…
Takde tanya la, atam mak rasa nak buat rumah mak cenggini cenggini ok ke atam???
Atau, alang, cuba bagi idea macammana nak buat rumah mak ni??

Takde okey…

 

Banyak je idea dia…

 

Nanti pintu ni mak nak alih kat sini…
Lepas tu papan ni semua buang, so rumah mak akan ke bawah sikit la..
Stor dah takde. Bilik abang tu mak nak buat stor.
Pintu bilik abang mak nak alihkan ke luar.
Dapur ni, mak nak tutup sinki dia.. Nanti dapur ni jadi ruang tamu ke dua.. Dapur mak buat lain kat luar.
Bilik air mak, mak nak buat macam hotel.
Beranda ni mak nak alihkan ke sini.
Tangga kat luar untuk orang lalu lalang pun mak nak alihkan ke tepi sikit…

 

Tu diaaaaaaaaaaa idea mak…
Nasib baik tak tanya kitorang. Kalau taknya kitorang tergagap gagap kitorang nak bagi idea.
Mak mintak idea cat color apa pun kitorang dah pening pikir, hahahaha…
Dasar tak boleh harap!

 

IMG-20140622-WA0000

Ini dia beranda baru rumah mak.
Dah tak ada tangga.
Kalau dulu, asyik terbayang je arwah abah hantar anak anak balik, huhu…
Dia mesti duduk kat kerusi malas dia tu… huhu…

 

IMG-20140622-WA0003

Bilik emak pun dah besarkan ke belakang sikit.

 

IMG-20140622-WA0004

Dari belakang masih nampak rumah emak papan, hehe…

 

IMG-20140628-WA0003

Hari sabtu lepas, punya bertungkus lumus aku, ode dengan kak ida mengemas rumah emak.
Ode paling champion. Kitorang semua dah rehat, dia masih gigih menyental dapur mak. Mop dari dapur sampai ke luar.
Hebat sangat ode…
Pastu buat kerja laju gila. Zas zas zas dah siap…
Ciput pun ada tolong gak. Tolong vacuum and mop dekat living room…

 

Kat dapur tu banyak gila habuk.. So perabut kayu mak memang berhabuk. Nak alihkan ke depan memang kena lap and vacuum sesatu…

 

IMG-20140628-WA0004

Mak kata dia taknak letak tv kat depan…
Ini buat sementara waktu je ni. Nanti kita alihkan ke bawah balik ye mak. Nak kosongkan dapur jap untuk sesi vacuum and mop.

 

IMG-20140628-WA0005

Selesai mop. Tapi masih terasa lagi abu kat kaki…
Takpe, nanti mop lagi…

Banyak lagi barang nak kena kemas sebenarnya. Sampai tak tahu dah nak kemas yang mana.
Aku dah la paling suka buang buang barang. Rasa nak buang je itu ini. Tapi takuit mak marah, haha…

 

IMG-20140628-WA0006

Dapur kat luar.
Nanti masak makan semua kat luar je mak cakap.
Baik la, menurut perintah…
Makan kat luar pun best, open air.

 

IMG-20140629-WA0005

Kaklang tengah lap tingkap…

 

IMG-20140629-WA0066

Zacku belikan untuk mak.
TQ zacku.

 

Nanti sofa pulak menyusul…
Itu yang kemain aku survey sampai pening kepala aku.
Ingat nak suruh zackU je sambung survey.
Aku kenan dengan set 1 2 3 leather tu. Tapi kaklang tak kenan katanya nak fabric.
Pastu zackU kata rumah mak elok letak sampai 8 seats. Aku dah garu garu kepala dah.
Tapi tetengah malam, ting datang idea.
Nanti akan ku usulkan idea ku itu…

 

IMG-20140629-WA0006

Mula mula nampak ini, lawaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!!!
RM2688

 

IMG-20140629-WA0026

Suka ini jugak.
RM3588

 

IMG-20140629-WA0028

Ini pun lawa. Tapi macam tak sesuai dengan rumah mak.
Pastu harga pun telan ailio jap.
rm4888

 

IMG-20140629-WA0038

Ini pun cung… kalau beli untuk diri sendiri macam best je, miahahaha…
RM3688

 

IMG-20140629-WA0045

Ini rm2900
Murah kot.
Jenis 1 2 3…
Pastu yang satu seat tu, ko boleh baringkan dia.
Color leather pun boleh tukar. Tak suka ada putih putih tu, tukar jadi semua satu color.
And paling penting ada color pepel.
Tapi entah, tak tahu mana yang nak dipilih.

 

Ada yang kata taknak ada bantal bantal, kang bantal bersepah.
Masalahnya fabric memang semuanya jenis bantal.
Pasti kalau leather, takut jenis berkopek kopek pulak.
Dah tu macammana???
Pening kepala…

 

Tapi pepel yang atas sekali tu, cantikkannnnnn…
Harga pun ok la takde mahal sangat. Ahhh suke suke…

 

Ok la, itu sahaja cerita saya hari ni…
Bai…

 

Love;
Ceera

4 Comments

  1. Cheera, beli je semua…(court kan ade..ha ha). Tapi yang best, color pink ooo..bila tunjuk gambar rumah kampung, teringat pulak rumah kat kampung…(cam nak nangis pun ada ni..) maklumlah dah lama x balik rumah tempat tumpah darahku…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *