Sambut birthday alif

Adoi…
Aku dah taip pepanjang dah entry ni.
Sekali dia tak auto save pulak!
Tak kelakar okey. Kalau kelakar, aku dah gelak gelak lempang lempang laptop ni. Pfffttttt…
So, nak cerita pepanjang balik ke canner nie???
Aku letak gambar dengan caption je la. Tak kuasa dah aku nak cerita.
Majuk! #palingmuka

 

20140413_133855

Biasa la aku, entry mana pernah yang fresh.
Zaman fresh dah berlalu uols.
Semua entry aku kalau tak basi memang tak sah. Jadi uols hadap je la ye.
Ni masa sambut birthday alif kat hotel mana entah aku pun lupa. Tapi dekat dengan hotel istana sana.
Birthday alif bulan 4 tau, bahahaha… Punya lembab la ko ni puan blog.

 

20140413_133653

Berlakon je ni.
Bukan makan pun.
Yunnan skang ikut mood. Time nak makan, asyik mintak makan je. Kalau dah taknak makan, ko sua la macammana pun tetap dia cakap nanak…
So lantok kan je la.. tak payah nak pening pening pikir kenapa begitu. kenapa kenapa??? Zaman pikir begitu dah berlalu jugak.
Amboi banyak zaman ko yang dah berlalu skang ye hahahaha…

 

20140413_133804

Kalau ada opa, memang melekat dengan opa je.
Daddy ada pun dia tak heran. Mummy lagi dia tak heran.
Ni pun lantokkan je. Lagi mummy gembira hehe..

 

20140413_133924

Mari makan dengan gembira…

 

20140413_13481420140413_134900

Happy birthday alif.
Perasan muda sangat aku kalau borak dengan alif.
Sebab aku akan bahasakan diri aku kakak. Bukan selalu okey dapat bahasakan diri kakak dengan budak yang sebaya dengan anak sendir, hehe… ate, ahkak bukannya bekerja. Kalau yang koje tu, pangkat mokcik pun kena panggil kakak… Tapi itu bukan dia feeling muda tau, cumanya bahasakan diri memokcik ni kakak, nampak lembut la sikit. Nak nak tempat formal cenggitu.
Dulu masa aku praktikal gomen.
Kelu kelu lidah aku nak panggil memokcik kakak.
Dah tu, sebaya mak aku, tetiba kena panggil kakak. Tak ke weird tu.
Tapi dah lama baru rasa ok. Memula je yang rasa pelik sikit.
Tetiba sangat ko ni, masuk ke cerita gini…

 

20140413_14042220140413_140528 

Seronok dapat makan coklat.
Topup sampai 3 kali kot. Topup coklat je sebab dia bukannya nak makan buah, marshmallow tu semua. Yang dia nak, coklat tu semata mata.

 

20140413_14120620140413_141211 

Culik sat dari opa sebab nak bergambar. Itu pun tak tentu arah budak ni tau…

 

20140413_144649 

Selesai makan…
Kenyang sangat.
Tq uncle belanja makan.
Uncle ni bijak sangat. Tiap kali birthday anak memang dia ajok kitorang lepak makan hotel je.
Senang hidup dia. Lepas makan boleh main tinggal tinggalkan ajer. Kalau buat kat rumah mampos kena kemas lepas tu, hahaha…
Adoi, pening ni. Birthday keisha nextmonth tak tau nak buat apa. Yang tau nak belikan hadiah and nak tempah cake princess je.

 

Ok sesi bergambar sebelum pulang…

 

20140413_144914 

dua dua cheeky.
geram je aku…

 

20140413_145418 

Rakan sebaya yang bezanya cuma 2 bulan.

 

20140413_145455 

Geng bas sekolah…

 

20140413_14554220140413_145720 

Yang ni memang ngam together.
Yunnan akan jadi pokcik sangat kalau dengar orkid.
Sikit sikit, tid tid jom jom. Dipanggil orkid ajak main toys.
Kalau orkid pegang je barang, tid no no no…
Orkid pulak, redha je kalau dengan yunnan hahaha….
Kesimpulannya, memang happy la dia kalau jumpa orkid…

 

XOXO;
Ceera

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *